Landskap Teknologi Dron Malaysia Bersedia Untuk Terbang Lebih Tinggi

Artikel asal: The Edge

Malaysia terus mengorak langkah dalam sektor teknologi dron, dengan syarikat perkhidmatan dron terkemuka seperti Aerodyne Group, Meraque Group dan Aonic Group yang dikategorikan antara yang terbaik di dunia berdasarkan saiz, perkembangan, pembiayaan dan kebolehpasaran.

Malaysia juga dilihat sebagai progresif dalam kesediaan dron – Malaysia berada di tangga ke 21 oleh Drone Industry Insight pada tahun 2023 – yang menunjukkan sokongan besar kerajaan terhadap industri tersebut.


Saiz pasaran dron dijangka mencecah US$ 54.6 Billion (RM 260.82 Billion) menjelang 2030, dengan Asia diunjurkan mengalami pertumbuhan tertinggi. Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) bermatlamat untuk menyumbang kepada GDP, dengan jangkaan pertambahan sebanyak RM50.71 Billion menjelang 2030, yang juga akan mencipta 100,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Usahasama ini menggariskan pendekatan menyeluruh MRANTI kepada kedudukan Malaysia sebagai pelopor dalam industri teknologi dron dan robotik di Asia Tenggara, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang.

Sektor pertanian dan pembinaan bersedia mendapat manfaat daripada teknologi dron

Sektor pertanian kini merupakan sektor kedua tertinggi dengan penggunaan dron selepas sektor pembinaan, dengan pasaran dron pertanian bernilai US$ 1.3 Billion. Dron pertanian mempunyai masa depan yang cerah: Menurut anggaran, industri itu dijangkakan mencecah US$ 5.7 billion menjelang 2026, berkembang dengan kadar pertumbuhan kompaun tahunan sebanyak 25%. Apabila harga dron menurun dan perisian dron pertanian menjadi lebih kompleks, permintaan akan lebih meningkat.

Dron mempunyai kelebihan yang ketara dalam pertanian, pengurusan aset dan pengawasan keselamatan, dengan pemain pemain industri besar seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Sime Darby Plantation Sdn Bhd dan Edotco yang turut menggunakan teknologi ini. Penggunaan dron sudah diperluas kepada sektor sektor seperti perhutanan, pertanian, penyelidikan ekologi, pembanjaran, terutamanya untuk pemantauan lapangan dan pengumpulan data dalam ladang yang besar dan kebun kebun kecil.

“Dengan menggunakan dron sebagai platform penderiaan jauh, kita bukan sahaja mendapat imej beresolusi tinggi tetapi juga memastikan kecekapan kos jika dibandingkan dengan kaedah tradisional. Ini menggariskan komitmen kami untuk melengkapkan peladang peladang dan industri industri dengan solusi terkini untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan penjagaan alam sekitar”, kata Chang.

Penggunaan teknologi dron bukan sahaja memberi peluang untuk automasi tetapi juga memberi cabaran seperti pengurusan ruang udara, kesan kepada penerbangan tradisional dan risiko pengurangan peluang pekerjaan dalam industri di mana dron boleh menggantikan kerja kerja manual.

“Sambil kita menerima penggunaan teknologi dron yang lebih meluas, kita mesti juga mengenal pasti cara untuk menangani cabaran cabaran yang berkaitan. Sebagai contoh, dalam pertanian, jika dron mengambil alih sesuatu tugas, ia akan memberi kesan kepada pekerjaan perladangan tradisional. Ia menjadi tugas kita untuk melibatkan pihak pihak berkepentingan, mengadakan dialog dan melabur dalam inisiatif untuk meningkatkan kemahiran untuk memastikan tenaga kerja kekal cekap dan berdaya saing dalam era kemajuan teknologi,” terang Chang.

Lanskap pengawal selia untuk dron melibatkan pertimbangan yang berkaitan dengan keselamatan, privasi dan pengurusan ruang udara dan lain lain. Industri yang beralih menggunakan dron akan menghadapi cabaran awal untuk mengadaptasi dan mematuhi peraturan yang sentiasa dikemaskini, yang berpotensi untuk meningkatkan kos.

Ini termasuk kebimbangan privasi, terutamanya dron yang dilengkapi dengan kamera. Industri industri yang berkemungkinan menerima kesan negatif termasuk kawasan kediaman, dimana penggunaan dron untuk pengawasan akan membawa kepada isu isu privasi.

Penyelarasan peraturan teknologi dron Asean dalam proses pembangunan

Bagi pemain pemain industri, penyelarasan dan penyeragaman peraturan secara global akan memberi manfaat kepada mereka dari segi perkembangan perkhidmatan dan solusi.

Menyedari kerumitan dan ketidakseragaman peraturan ini, usaha untuk menyelaras dan menyeragamkan peraturan sudah dimulakan dan dilaksanakan di Asia Tenggara dan oleh pihak pihak berkuasa penerbangan awam di seluruh dunia.

Chang berkata, campur tangan awal dan kemudahan untuk menyelaraskan peraturan adalah penting untuk perkembangan industri. Cara untuk mencapai ke arah itu adalah melalui kerjasama dan sinergi antara beberapa pihak dan pihak berkepentingan.

“Sebagai contoh, dari 21 hingga 25 Ogos tahun lepas, Pen Aviation, iaitu rakan kongsi industri bersama dengan MRANTI menjadi tuan rumah kepada ahli ahli Pihak Berkuasa Bersama bagi Sistem Pembuatan Tanpa Pemandu (JARUS) yang terdiri daripada pihak berkuasa penerbangan awam dari Australia, United Kingdom, Thailand, China dan Malaysia untuk berbincang mengenai aspek penilaian risiko operasi khas dan penyelarasan peraturan dibawah pelbagai bidang kuasa.

Ini dijalankan melalui pelbagai kaedah seperti penilaian pihak berkuasa penerbangan awam untuk memeriksa rangka kerja kawal selia, kelayakan kakitangan, program latihan dan keseluruhan sistem keselamatan dan juga pengkelasan pematuhan untuk setiap negara yang menunjukkan pematuhan terhadap piawaian keselamatan antarabangsa atau sebaliknya.

Masa depan yang cerah untuk teknologi dron Malaysia

Dalam bajet 2024, sebanyak RM 76 juta telah diperuntukkan untuk menaiktaraf penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan ekosistem inovasi. Tambahan RM 10 juta akan menyokong sektor dron dan robotik di bawah MRANTI.

MRANTI sudah pun merangkakan matlamat yang tinggi melalui MDTAP30. Ini adalah pelan perangkaan komprehensif yang direka bukan sahaja untuk memacu perkembangan industri teknologi dron malah untuk memastikan penggunaan dron yang bertanggungjawab dan cekap dalam negara kita.

Selain dari misi misi yang berkaitan dengan industri, MRANTI turut komited memanfaatkan teknologi dron untuk menyokong keselamatan dan pihak penyelamat semasa kecemasan dan bencana alam. Pasukan Tindakan Khas Dron yang diketuai oleh MRANTI sebagai agensi penyelaras menyediakan bantuan kepada mangsa mangsa banjir melalui kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan juga industri dan pemain pemain dron yang terpilih. 

Kepentingan kerjasama polisi untuk teknologi dron

Penggunaan teknologi dron dalam pertanian akan mendapat manfaat daripada polisi dan peraturan yang mengetengahkan keselamatan, inovasi dan kelestarian. Polisi polisi ini telah berkembang untuk tidak sahaja memastikan operasi dron yang selamat – melalui perlesanan dan penyekatan operasi – malah turut meningkatkan produktiviti dan kelestarian alam sekitar dalam sektor ini.

Chang menegaskan kerajaan di seluruh dunia telah memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti subsidi, pengecualian cukai dan dana penyelidikan untuk menggalakan penggunaan dron dalam pertanian. Ini termasuk membangunkan teknologi baru dan penggunaan dron dengan sistem pertanian tepat.

“Sokongan dasar, kerjasama antarabangsa dalam piawaian dan perkongsian antara agensi agensi akan memaksimumkan manfaat teknologi dron, keterjaminan bekalan makanan dan memastikan amalan kelestarian,” kata Chang, sambil menambah yang kerjasama seperti itu membantu menyelaraskan rangka kerja kawal selia dengan privasi, keselamatan dan keselamatan alam sekitar.

Pelaburan dalam R&D meningkatkan kebolehan dron, manakala kerjasama kerajaan dapat meningkatkan penerimaan dan kecekapan dron dalam pertanian. Latihan dan inisiatif pembinaan kapasiti menyediakan sokongan yang penting kepada pihak berkepentingan, meyakinkan penggunaan teknologi ini dalam sektor pertanian dan meningkatkan kemakmuran ekonomi dan kelestarian.

“Dengan memupuk ekosistem inovasi dan sokongan untuk syarikat syarikat teknologi, kita boleh mempercepatkan penerimaan teknologi yang canggih dalam pertanian,” Chang menyimpulkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *