Lelaki Ditahan Menyamar Sebagai Juruterbang Singapore Airlines di Lapangan Terbang Delhi.

Artikel asal: The Star

NEW DELHI/SINGAPORE (The Straits Times/ANN): Polis di India menahan seorang lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi pada 25 April atas tuduhan menyamar sebagai juruterbang Singapore Airlines (SIA), selepas dia didapati berlegar legar di sekitar lapangan terbang dengan berpakaian penuh seragam juruterbang.

Dalam cara yang sama dengan filem separa fiksyen Hollywood Catch Me If You Can yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, yang mana watak utamanya melarikan diri dalam pelbagai penyamaran termasuk sebagai doktor dan juruterbang komersial, Sangeet Singh, 24, dikesan oleh pegawai keselamatan, media India melaporkan.

Dia memakai pakaian seragam juruterbang tentera laut dan mempunyai kad pengenalan SIA palsu di lehernya yang memberinya akses kepada operasi dalam penerbangan.

Setelah disoal siasat dan diperiksa oleh pegawai dari Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat, sebuah agensi persekutuan, ID Singh didapati palsu.

Dia membuat ID palsu tersebut menggunakan sebuah aplikasi atas talian, Business Card Maker dan membeli pakai seragam itu dari Pilot 18, sebuah kedai aksesori penerbangan di Delhi, lapor Press Trust India, yang memetik kata seorang pegawai polis.

Dia turut menipu keluarganya bahawa dia bekerja di SIA sebagai juruterbang.

Siasatan awal mendedahkan Singh telah menamatkan kursus hospitaliti penerbangan selama setahun pada 2020 di sebuah institusi di Mumbai.

Warga dari negeri utara Uttar Pradesh itu telah didakwa dengan menipu dan pemalsuan dibawah Kanun Keseksaan India. Siasatan sedang dijalankan, kata polis tempatan.

“Sangat gembira dia ditangkap,” Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke India Simon Wong yang di pos di X bersama dengan foto Singh.

Singapore Airlines melaporkan pada 26 April, mereka menyedari insiden berkaitan seorang individu menyamar sebagai juruterbang SIA di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi tetapi tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan masih sedang dijalankan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi adalah salah satu lapangan terbang paling sibuk di dunia, mengendalikan 72 juta penumpang pada tahun 2023, menurut pihak berkuasa lapangan terbang Airports Council International.

Sebagai perbandingan, Lapangan Terbang Changi mengendalikan 58.9 juta penumpang pada tahun 2023.

SIA mempunyai penerbangan menuju ke New Delhi dan dari New Delhi, ibu negara India setiap hari. The Straits Times/ANN.