Artikel asal: The Verge
Sejak M3 MacBook Air dilancarkan bulan lepas, saya buat ‘double facepalm’ ala ala Captain Picard. Bentuk ‘wedge’ kini sudah tiada. MacBook Air M2 15 inci saya agak besar, terlalu berat dan tak kira apa yang orang cakap, 8GB RAM memang tak cukup. Saya juga pening bila meneliti pelbagai konfigurasi dan harga MacBook Air dan MacBook Pro. Terfikir untuk bawa laptop yang lagi berat pun dah buatkan belakang saya sakit.
Jadi saya bermonolog, “Sudahlah. Saya nak kembali kepada hidup dengan desktop”. Dan saya tukarkan MacBook Air M2 dan beli sebuah Mac Mini.
Ia masuk akal. Saya ada MacBook Air M1 dari pejabat — rekaan ‘wedge’ yang ringan dan menarik yang lebih daripada cukup untuk perjalanan sekali sekala ke pejabat. Di rumah, saya gunakan telefon untuk segala tugasan kecuali menulis dan kerja kerja yang lebih sesuai untuk skrin besar (contohnya kertas kira kira, penyelidikan, dsb.). Saya sudah ada papan kekunci berwayar, tetikus dan monitor. Ya, saya sudah pun gunakan komputer riba saya sebagai desktop.
Tapi kali terakhir saya mempunyai desktop adalah pada tahun 2001. 23 tahun adalah satu masa yang panjang dan dalam masa tu, saya sudah pun lupa tentang kehidupan dengan desktop – kehidupan di mana mempunyai peranti bukanlah satu pilihan – tapi kemestian. Dan dengan Mac, setup akan jadi sedikit sukar kalau kita tidak gunakan Papan Kekunci Magic dan Tetikus Magic dari Apple.
Saya rindu rasa pad jejak sebaik sahaja saya sedar yang papan kekunci Keychron K2 tanpa wayar dan tetikus MX Vertical perlu di cucuk untuk diguna. Lepas masalah awal itu, papan kekunci Keychron tidak lagi sukar untuk dipasangkan. Tapi lain pula ceritanya dengan tetikus. Pasangan Bluetooth tidak boleh berfungsi semasa dicucuk. Tapi, saya tidak dapat mengklik untuk memasangkan tetikus dalam paparan menu Bluetooth melainkan ia telah dicucuk.
Saya terkejut dan termenung selama 3 minit sambil berfikir setiap jalan penyelesaian yang tidak memerlukan tetikus kedua. Saya kemudian menghabiskan masa selama 3 jam mencari Tetikus Magic isteri saya yang dah mati. Ia mengambil masa satu jam lagi untuk dicas secukupnya. Ini adalah isu yang sudah pun diketahui, tapi, seperti orang lain, masalah ini masih lagi memerangkap – Jadi kalau anda berfikir untuk menukar, pastikan anda ada tetikus dan papan kekunci berwayar berlebihan.
Dalam 23 tahun hidup tanpa desktop, saya juga sudah terlupa yang desktop tidak mempunyai pembesar suara tersedia yang baik. M2 Air saya ada pembesar suara yang hebat. Pembesar suara Mac Mini pula sampah. Saya cuba memakai fon kepala sepanjang hari tapi mendapati ia terlalu tidak selesa. Selepas seminggu bertangguh, saya membeli pembesar suara meja kecil berharga $19. Walaupun saya dah ada kamera web, saya tidak bersedia untuk mencabut dan mencucuk semula plug untuk ia berfungsi. Dan kemudian saya terpaksa pindahkan foto foto dari kad SD. Mac Mini tidak mempunyai slot untuk kad SD. Saya merenung ke luar tingkap, mengeluh dan terpaksa membeli Hab dan tongkat 2-Dalam-1 Mac Mini dari Satechi.
Tapi lepas teka teki port dan perisian sudah selesai, saya hargai betapa bertujuannya kehidupan dengan desktop. Ya, komputer riba memang bagus, tapi kemudah alihannya membuatkan saya sukar untuk mengasingkan kerja dari rumah. Lagi mudah untuk saya mulakan pagi saya jika tahu saya tidak boleh berguling dari katil, capai komputer riba dan mula bekerja dari katil. (Bangun dari katil, ternyata adalah bagus untuk menaikkan mood saya). Dengan desktop, saya kena bersiap, gosok gigi dan gerak ke pejabat. Dan memandangkan saya hanya duduk di meja untuk menulis jurnal atau bekerja, ia seperti satu suis yang berkata, “Masa untuk menulis.” Ruang-ruang lain dalam rumah saya kini hanyalah tempat untuk…hidup.
Ianya berbeza dari zaman semasa saya kecil. Pada masa itu, desktop adalah komputer keluarga. Tiada privasi sebenar dengan desktop. Ibu bapa saya ada keutamaan menggunakan desktop – yang bermakna saya terpaksa menyembunyikan semua perbualan AIM sekolah menengah dan file LimeWire yang dimuat turun secara haram sebaik sahaja mereka perlu menghantar e-mel. Itu yang menjadikan komputer riba sangat berharga ketika itu. Saya boleh membuat kerja kerja saya sendiri, jauh daripada mata mata yang memandang. Tapi sekarang saya sudah tidak perlu lagi berkongsi, saya rasa kehidupan dengan desktop membantu mencipta struktur harian yang memberi lebih banyak kebebasan – dan bukan mengurangkan.
Sekurang kurangnya, untuk kebanyakan masa. Masih ada satu lagi masalah dengan Mac Mini yang belum dapat saya selesaikan. Malangnya, Mac Mini ini berbentuk petak. Dan kucing memang suka bertenggek di atas benda benda petak. Bulan lepas, seekor kucing telah bertenggek atasnya sambil menjeling saya dengan angkuh – menghalang pandangan, mencuri makan tengah hari saya dan menjadi haiwan peliharaan yang agresif. Memang comel, tapi tak boleh berpanjangan sebab saya kena terus bekerja. Saya tidak pasti sama ada monitor kedua akan membantu menyelesaikan masalah ini ataupun sekali lagi akan menjerumuskan saya dalam satu lagi teka teki berkaitan dengan port. Saya akan dengar semua cadangan.